Hilangnya seorang kawan ...
Thursday, 12 September 2013 • 4:03 pm • 0 comments
Assalamualaikum w.b.t....



Kehilangan seorang kawan yang telah pergi dan takkan kembali lagi. Itu sangat memeritkan! Walaupun aku tak rapat sangat dengan dia, tapi aku rasa kehilangan dia. Inikan pula kawan rapat dan kawan sekelas dia, pasti rasa amat kehilangan.. Hatiku sayu bila teringat kali terakhir jumpa dia.
                Sempat juga aku berbual-bual dengan dia masa perhimpunan rasmi hari Isnin. Masa tu dia jadi komander perhimpunan, tak sangka pulak tu kali terakhir dia jadi komander. Semasa pagi, disekolah sebelum dia kemalangan dan menghembuskan nafas terakhir (10.9.2013), kami sempat bergurau-gurau.. Dan dia tersenyum dekat aku seolah-olah sangat gembira. Ya Allah! Rupanya itu senyuman terakhir dia yang dapat aku tengok! Dan itu merupakan hari terakhir aku dapat bergurau dengan dia.
                Masing-masing sangat terkejut dan sedih bila dengar berita pasal dia. Budak-budak kelas dia yang dulu bising, kini menjadi senyap. Budak kelas aku pun dah tak banyak cakap lagi. Sampai cikgu kami tegur, “Kenapa awak semua muram je, biasa semasa saya mengajar awak semua bising. Jangan lah sedih lagi. Itu semua ketentuan Allah. Kalau masih teringat dia, sedekahkan lah Al-Fatihah untuk dia, hanya itu saja kita mampu bagi untuk dia disana.”
                Lepas cikgu cakap macam tu, semua macam nak menangis. Mata masing-masing sudah merah. Hati aku mulai sebak masa tu. Semua ni berlaku secara mengejut dan dalam sekelip mata! Aku dah tak boleh sedih dan menangis lagi!
                Walau apa pun, semoga dia tenang disana dan dia ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin..... Abe, kami semua akan sentiasa ingat kau sampai bila-bila!

“Ikatan persahabatan tak akan putus, walaupun orang itu telah meninggal dunia”
Al-Fatihah buat Kamarul Azri bin Zainal Abidin


OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Hi! Welcome to My blog, my story & my life. Leave me a nice speak at my cbox ^^
Mood : I'm Sick -.-
Status : Colourful life like the rainbow :p

Chating here ♥
Leave your footprint here




Awesome people ♥
Thank for following me


Credits ♥
Hi! I using their blogskin. Thanks!

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Chrome
Owner blog: Syikin Tukiran