Awak, maafkan saya.. saya terpaksa pergi dulu..
Sunday, 4 August 2013 • 2:52 pm • 0 comments
Assalamualaikum w.b.t....

Kita mula berkenalan di Facebook. Lepas tu kita bertukar-tukar nombor telefon. Kemudian kita mulai rapat dan mengenali isi hati masing-masing...
Saya ingat lagi suatu hari tu awak ajak saya jumpa.. Wahh tak sabar saya nak jumpa awak.. Macam mana agaknya rupa awak ye??
Awak ajak saya jumpa kat kafe kegemaran awak.. Lama saya tunggu awak, tapi awak tak sampai-sampai.. Hampa saya.. Hampir-hampir saya nak pergi dari kafe tu.. Tiba-tiba ada yang tegur saya dari belakang.. Saya pusing dan pandang...ya Allah kacaknya.. tu awak ke? Tergagap-gagap saya menjawab soalan awak..

Someone: “Hi awak, ni syira ke?!”

Me: “Err, hmm a’ah. Saya syira. Awak syamil ke?”
Someone: “Ye saya. Eh awak nampak cantik”
Me: “Alhamdulillah. Terima kasih! Awak pun apa kurangnya, nampak kacak”

Dia sekadar tersenyum saja. Ya Allah, manisnya senyuman dia. Aku terpikat! Kita berbual sehingga saya tak sedar dah malam....

*Setahun kemudian*
Dekat setahun kita berkenalan dan awak melamar saya. Dah dua bulan dah kita mengikat tali pertunangan. Tapi lepas kita bertunang, saya nampak perangai awak dah lain. Awak dah jarang hubungi saya, tanya khabar saya.. saya nak jumpa awak pun dah susah.. Macam-macam alasan awak bagi.. Awak sibuk ke? ATAU awak dah berubah?? Ya Allah, sedihnyaa.  
Saya pergi ke pejabat awak. Saya nak jumpa awak. Tapi awak tak ada. Jadi saya pergi shopping complex..eh saya nampak awak kat kedai cincin tapi awak............ kenapa ada perempuan lain sebelah awak tu!!! Saya telefon awak, saya tanya awak kat mana, awak jawab “Saya kat pejabat lah. Okaylah saya ada mesyuarat”..
Kenapa awak jawab macam tu padahal awak kat tempat lain. Saya tak puas hati, awak tipu saya! Cepat-cepat saya pergi kat tempat awak dan terus tampar awak.

Someone: Apa kau ni main tampar-tampar aku!

Me: Kenapa awak tipu saya..... awak cakap awak kat pejabat. Siapa perempuan kat sebelah awak tu..
Someone: Hah kebetulan, aku nak kenalkan ni awek baru aku. Nama dia atikah.. Atikah kenalkan syira, perempuan yang saya cerita yang tergila-gila kan saya dari dulu...
Me: Awak! Habis saya ni apa? Saya ni tunang awak. Kenapa awak cakap macam tu.. Selama ni kita kan suka sama suka? Kenapa awak cakap saya tergila-gilakan awak..
Someone: Tunang? Bila masa kau jadi tunang aku? KITA TAK PERNAH BERTUNANG OKAY! Aku tak pernah suka kau!
Me: Sampai hati awak! TERIMA KASIH sangat-sangat buat saya macam ni.

Awak tahu tak..sejak kejadian tu, saya tak keluar dari rumah langsung, saya duduk terkurung dalam bilik...tak makan..hanya air mata yang menemani saya.. Emak ayah saya sampai risau tengok keadaan saya...
Suatu hari saya sakit kepala sangat. Rasa macam nak pengsan. Mak ayah saya tak ada kat rumah. Saya dah tahan lagi, saya nak pergi klinik. Tapi siapa nak hantar saya. Ya Allah sakitnya! Tiba-tiba saya teringat awak, saya hubungi awak... tapi awak tak reject panggilan saya.........saya hantar SMS,

“Awak kenapa tak jawab panggilan saya.. Awak tolong saya.. Saya sakit.. Tolong hantar saya ke klinik.......”  

Dah setengah jam, awak langsung tak bagi respon.. kepala saya makin sakit... saya dah tak tahan lagi.......... Pandangan saya jadi gelap.. Dan saya jatuh rebah... Saya rasa terkilan sebab tak dapat jumpa awak... Di tangan saya terdapat sebuah surat.. Surat tu untuk awak...
Ibu bapa saya baru balik. Mereka nampak saya terbaring di lantai. Dengan segera mereka bawa saya ke hospital. Tapi sampai kat hospital, doktor kata saya sudah tidak bernyawa... Ibu bapa saya sedih sangat..  
Seminggu selepas ketiadaan saya, ayah baru perasaan surat untuk awak tu.. Ayah terus bagi surat tu kat awak.. Ayah beritahu awak yang saya dah tiada... Nampaknya awak sangat terkejut... Awak segera buka surat tu...

Syamil,

Terima kasih kerana pernah menggembirakan saya...  Saya amat merindui awak serta kenangan kita dahulu... Saya tak pernah marahkan awak.. Dah lama saya maafkan awak.. Maafkan saya kerana tak sempat nak jumpa awak.. Mungkin semasa awak baca surat ini, saya dah tiada kat dunia ni lagi... Awak, maafkan saya.. saya pergi dulu.. Semoga awak bahagia dengan Atikah.., jangan awak buat perkara yang sama kat dia... Tolong hargai dia dan tolong beritahu ibu bapa saya, maaf kerana saya takdapat jaga mereka lagi.. saya harap awak boleh tengok-tengokkan mereka... Saya nak awak tahu, saya sayang awak sangat sehingga akhir nafas saya... SALAM TERAKHIR SYIRA........

Selepas awak baca surat tu, air mata awak terus mengalir.. Awak kenapa air mata awak mengalir?? Awak janganlah menangis, saya dah tak boleh nak lapkan airmata awak tu!
Awak pergi ke kubur saya.. Awak kata awak menyesal sebab buat saya macam ni.. Awak kata awak yang salah sebab abaikan SMS saya.... Awak ingat saya saja main-main...... TAKPA AWAK SAYA DAH LAMA MAAFKAN AWAK............

Hargailah dan sayangi mereka yang mencintai kamu. Dan bukanlah meninggalkan mereka untuk mereka yang kamu cintai.. Jika kamu memainkan perasaan si dia, percayalah apabila dia sudah tiada lagi, kamu akan menyesal dan merindui si dia.......

P/S: Cerita ini sekadar rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Terima kasih kerana baca. ^^

OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Hi! Welcome to My blog, my story & my life. Leave me a nice speak at my cbox ^^
Mood : I'm Sick -.-
Status : Colourful life like the rainbow :p

Chating here ♥
Leave your footprint here




Awesome people ♥
Thank for following me


Credits ♥
Hi! I using their blogskin. Thanks!

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Chrome
Owner blog: Syikin Tukiran